<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3022531364373731913&amp;blogName=-n+E+y+R+a-&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fbabyeyra.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_GB&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fbabyeyra.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>


ini blog neyra


Sunday, November 29, 2009




semalam adalah hari yang memenatkan dan semuanya dalam keadaan tekanan. tapi, sangat best juga. okayh, sila baca entri ini dengan mode gedik!

pagi pagi buta sudah bangun, bersiap mahu ke kuala yang berlumpur. eh bukan! kuala lumpur lah! lepas bersiap siap, kemas semua baju, kejut adik adik, kami bertolak dari rumah dan menuju ke rumah nuek. ehem ehem. mula lah nak menggedik. segala sakit senggugut pun hilang secara tiba tiba. *winkwink* berhenti mengarut. beliau bukan boyf aku pun! hahaha. datang rumah beliau untuk menjemput beliau yang mahu tumpang ke KL. after melepak lepak sekejap kat rumah beliau, cium cium pipi adek diek, then kami pun bergerak menuju ke KL. fuh mengantuk gila time tuh. bajet nak tidur je dalam kereta. tapi mati terus hasrat nak tidur dalam kereta sebab adik adik semua bising memekak.

Photobucket

sampai temerloh, berhenti makan. tapi jalan jem gila masa uh. tengok ah kereta berderet deret mahu berhenti kat temerloh. memang sesak semua mahu ke KL. after makan makan kat temerloh, sambung semula perjalanan ke KL. then tatau nak buat apa dalam kereta lepas tuh, sebuk twitter jek. cis sempat lagi eny sickchild72 tu ngumpat aku dalam twitter. asal aku tak on9 jek mesti ada budak tuh sebut nama aku dalam twitter. jaga kao! hahaha. then selekeh gila comot comot duduk dalam kereta, bosan bosan amek lah gambar! sebab eny sickchild nak tengok sangat, nah special gambar dua budak comot untuk kao!

Photobucket

hah, ini dia gambar kami yang selekeh comot comot dua orang budak gemok dalam kereta. hahaha! rasa nak cubit jek pipi nuek bagi lagi tembam. mengada sangat cakap dia tak boleh makan banyak sebab dah gemok. cis cis.


sampai KL pukul berapa entah. pegi JJ maluri dulu. pegi berlari lari dengan rambang mata tengok sales. pegi makan takoyaki sama dengan nuek. nyum nyum. sedap woo! lepas tuh, shopping barang dapur sket, then sempat pulak nuek rembat beli sehelai baju tized yang murah tuh. sangat comel lah kamu pakai tee tuh! aku mahu beli selipar atlanta, tapi dah tak sempat pulak nak pilih pilih. esok esok jek la aku beli.

then hantar nuek pergi LRT pandan jaya sebab beliau mahu ke KL central. kami pulak balik rumah angah kat shamelin. lepag punggah semua barang barang aku dalam kereta untuk di bawa pulang ke kuantan, family aku balik kuantan. aku pulak pergi times square. unutk apa? lapar. kononnya nak pergi makan prosperity kat mekdi. sekali ramai pulak dah orang. cis.

Photobucket

maka pergi lepak borders kejap, then teman nuek pergi cc, setel semua borang nak pergi intern, print tiket flight pergi terengganu semua lah. lepas tuh baru pergi makan kat wendy's. huhuhu. hentam jek ah. sedap jugak! walaupun mahal sedikit. hahaha. then pergi cold storage beli apples and oranges for nuek's sister, kami pun pulang ke pangkal jalan. lepas ni entah bila pulak dapat jumpa nuek. tskkk =_="

malam tuh, dah la penat nak mampos. janji dengan eny nak gosip kat YM malam tuh. sekali charger lappy aku buat taik pulak rosak. bengang sungguh. dah ah nak kena balik redo assignment kat beranang ni. duhh! tertekan gila. rasa nak campak campak jek laptop.

pagi isnin, aku pulang ke beranang dengan semangat nya! tapi tension gila jauh jalan kaki dari rumah ke LRT, lepas tuh sampai beranang takde bas secara tiba tiba. entah kenapa, mungkin semua bas kena korban kot? naseb ada mu'az mookies tolong tumpang kan sampai beranang. thanks u! :)

now, online secara jayanya bersiaran langsung dari bumi beranang terchenta sangat ni. duhh! bila la nak habis semua azab assignment ni weyh?




(0) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 10:44 PM





Saturday, November 28, 2009



salam! eceh, camne raya korang? best tak? hahaha! aidil adha tahun ni, aku raya dua-dua kampung tahun ni! entry lepas aku balik perak. engat? pegi check entry lepas kalau korang pelupa. ^_^

tak best mana lah kat perak. tidak berapa meriah sebab kenduri makan-makan semua sepatutnya berlaku raya kedua. fairus sepupukuh yang dinanti-nanti pula lambat pulang. cis! baru nak ajak lepak gosip-gosip segala bagai, lambat pulak kao balik ya!

raya pertama, aku pakai baju kurung kejap jek. makan rendang semua sampai sakit perut, then lepak2 makan kacang poi je kat rumah. tak meriah sangat sebab tak ramai yang balik. pakcik makcik yang bujang jek balik perak. bosan! eh korang tahu ke kacang poi tuh apa?

Photobucket

ini lah kacang poi. aku tak pernah makan menda ni. pelik gak. tapi macam kacang tanah je cuma bulat-bulat bentuknya. rasa sedap tak? sedap wooo~~ macam rasa kacang tanah mix dengan kacang kuda. hahahaha! tapi sumpah korang rasa sekali, terus rasa addicted. makan sekilo pun takpe!

petang tuh lepas semayang jumaat, kami gerak balik ke kuala rompin, pahang! ontheway balik rompin, selisih dengan bas sepupu kuh pulang ke kampung. duh! ta dapat gosip dengan fairus. tsskkk =_=" menciii gile! ynaa !! i ta dapat nak jumpa adek angkat u sorang yang hensem tuh. hikhikhik.

Photobucket

hujan, panas, hujan semula. perjalanan yang sangat bosan! then nampak pelangi. chantek nya!!! lepas tuh nampak jugak awan chantek-chantek macam gula-gula kapas gitu. tengok awan, terus ingat dekat rara !! rindu pulak kat rara kitty secara tiba-tiba. muhammad syafi jangan jeles okayh? i nak rindu rara lepas ni setiap kali tengok awan. (*_~)

sampai rompin malam tuh, terus kejar tv3 nak tengok last episode nur kasih. tapi tak paham apa-apa sebab tak pernah tengok pun nur kasih ni. hahaha! then, tweet kejap, niat hati mahu update blog tak jadi sebab penat *sigh* . terlena dibuai mimpi.

bangun pagi, lips dah macam angelina jolie pitt sebab semalam tidur ada nyamuk cium kat lips. cis! nyamuk mana entah gatal nak mampos. aku jumpa kao, aku belasah kao nyamuk! tak pasal-pasal lips aku jadi macam ini.

Photobucket

bangun pukul 10 pagi. sangat lambat sampai lembu dah kena sembelih, kena lapah baru tersedar. hahaha! lembu tuh pengsan tau pagi tuh sebelum kena sembelih! kalut tokki aku engat lembu tuh mati. hahaha! lembu tuh sangat comel asyik nak pengsan takut kena korban. akhirnya, lembu kurus itu selamat dikorbankan. tskkk =_="

ramai lah yang balik! best jugak jumpa sepupu yang lama tak jumpa.hahaha.then makan-makan semua ramai-ramai. itu pun ada yang tak balik jugak. kalau balik semua lagi meriah kot! so, raya korang macam mana pulak?

sudahh, aku mahu tidur. esok pagi mahu gerak ke KL pulak. hari-hari lain tempat aku pergi. ecehh esok mahu balik KL sama dengan nuek. entry gedik bakal di publish! bubye, selamat malam. :)



p/s: selamat kena potong buat muhammad aqil fathi!!



(2) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 5:52 AM





Thursday, November 26, 2009



okayh, untuk makluman semua saya sangat mengantok semasa menaip entri ini. niat hati petang tadi mahu update secara bertubi-ubi kununnya. tetapi semuanya hanya tinggal angan-angan. sangat penat sampai rasa malas pula. baiklah cik @yashygsempoi, saya mengaku sifat malas dalam diri saya masih wujud seperti hari-hari yang lepas. saya cuba update! fuhhh...

nak start dari mana ek? banyak sangat entri basi terperam dalam periuk sempena hari raya aidiladha. *blur gilew nak update blog mcm dulu tapi tak menjadi sangat*

hah! saya blah dari bumi beranang yang terchenta itu sejak hari rabu lepas. selamat tinggal beranang! lepas ini tiada lagi entri berbau beranang. okayh, saya sedang mentipu pembaca belog. mustahil semua itu. sebab saya masih ada re-do session isnin depan. shit! saya sudah bosan menghadap semua assignment segala jadah apa itu. tolonglah!

sebab nak blah sangat sengan perasaan yang tidak sabar-sabar seperti kucing mendapat awek baru, saya sehingga tidak tidur selama dua malam berturut-turut kononnya sibuk mengemas semua barang yang patut berlori-lori datang punggah semua barang. sedang mentipu pembaca lagi sekali. sebenarnya sibuk ber-twitter sebab internet berukband peliharaan sangat laju secara tiba-tiba meroyan.

eh bosan lah! mana gambar?

Photobucket

hah itu dia kao. nak sangat gambar! cik neyra, sila bersopan. oakyh. itu perkenalan bersama bekas dapur yang sangat berjasa itu. siapa follow saya dalam twitter pasti tahu saya selalu masak itu ini mengalahkan rancangan memasak chef wan potpet itu. bubbye dapur kuh! ops, bekas dapur!

Photobucket

itu dia kedudukan peti ais saya. see... guna suzuki apv juga muat segala. padahal semua pembaca tidak tahu, bahawasanya 3 kali round ulang alik secara marathon beranang - KL untuk pindah semua barang saya :)biasalah babe, duduk beranang yang terchenta itu 3 tahun setengah kot.

semua nya pindah sementara ke rumah adek saya di sri shamelin, cheras. weee~ memang sangat full rumah itu. tidak mengapa, sedikit sedikit akan di angkut pulang ke kuantan. fuhh... malam itu, sangat lapar. hajat mahu makan ke jalan peel terbantut sebab kedai tutup. balik raya kot pakcik? maka, pergi lah ke pandan mewah, melepak makan di nasi kandar bistro. saya makan apa?

Photobucket

tadaa... lamb chop! sampai sengaja menjeleskan semua di twitter dengan lamb chop saya. sedap! sebab abang tukang masak juga hensem sachok semua lah segala nya. tapi, sedikit liat. tidak mengapa, yang penting tukang masak hensem banget.

esoknya, bergerak secara marathon walktahon keretathon pagi buta pulang ke kampung di kampar, perak. dalam perjalanan ke kampar, berhenti di highway sebentar. terjumpa sesuatu. apakah?

Photobucket

itu! keropok ubi namanya. kecil kecil cili padi dulu selalu makan makanan itu. fuh teringin, terus pergi beli. sediki mahal dari dahulu kala zaman muda mudi. rm3 untuk 3 keping. cis, sudahlah keras. naseb lah sedap juga. dah nama mengidam kan?

Photobucket

dalam perjalanan, mendapat panggilan penting dari yang berhormat di rumah embah memesan lemang yang harus dibeli di kg pasir itu. maka, pergilah membeli dua batang lemang yang berharga rm9 sebatang. fuh, mahal ek harga lemang sekarang?

Photobucket

dah sampai rumah, terus tukar uniform pekerja dapur yang berkaliber. mendapat arahan bertubi-tubi. segala persiapan hari raya tuan haji esok disiapkan. eh nak raya dah ek? hahaha. sengal! tu gambar saya dalam the making of ayam masak kicap ye tuan-tuan dan puan-puan.

Photobucket

itu korang jangan jadi sengal pergi tanya apa minah dua orang itu sedang buat. masak sambal goreng jawa. kami kan keturunan jawa. hahaha! yang putih itu suhun ye pembaca. sambal goreng itu sangat sedap. nyum nyum.

Photobucket

ya allah, malam tu... budak gemuk ain suhada a.k.a bam bam datang ke rumah dihantar emaknya. perlu tidur sini sebenarnya bam bam. emaknya bekerja syif malam. tengok itu bam bam comel sedang pura-pura hebat main rubic cube. kamu nak lawan dengan abg nuek ke main menda tuh ain?

Photobucket

ecehh.. ini aksi bemesra bersama ain. dua budak gemuk selekeh comot tak mandi sedang bermain bersama di ruang tamu. ain sangat suka duduk atas orang dan berlagak seperti ulat beluncas meniarap atas semua orang. bam bam ini tidak boleh merangkak lagi sebab bontot berat sangat sehingga tidak stabil! hahahaha. mentipu pembaca.

malam itu juga ke mambang di awan sebentar. mambang di awan itu nama tempat ye. bukan nama mambang cerita p.ramlee. buat apakah? melawat sepupu saya, muhammad aqil fathi yang akan di"potong" lusa hari. sudah potong kah anda?

Photobucket

sebelum mengakhiri entri panjang mengantok kununnya ini, haruslah ada gambar penulis belog yang kepenatan. ini budak gemuk nama muhammad luthfil hadi. sumpah berat gila ini budak. sudah lah! saya perlu tidur. selamat berkorban semua! selamat hari raya aidiladha.

:)


(2) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 9:31 AM





Tuesday, November 24, 2009




Photobucket



sila pulangkan dia kepada saya
jika anda terlihat dia di mana-mana hadapan televisyen.
dipercayai beliau sedang kusyuk menonton bola sehingga mengabaikan saya.

(*_~)




(6) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 12:50 PM





Saturday, November 21, 2009





korang rasa sejuk tak?
freezing sampai rasa kalau tidur tak mau bangun?
tiba-tiba rasa macam selimut korang tu harta terpenting hidup kan?
memang sejuk sampai ada rumours cakap salji mahu turun di KL.
ahli kaji cuaca tak diiktiraf mana entah buat ramalan mcm tu.
hujan air batu je yang turun.
tak nampak pulak salji.
kalau ada salji, boleh lah santa claus datang jumpa aku christmas ni.

tadi, skandal lama telefon dari UK.
opps! si ahmad faiz membuat liputan berita 4 pagi dari sana.
sana belum turun salji,
entah macam mana orang cakap malaysia nak turun salji.
sangat mengarut.
takpe faiz, nanti dah turun salji ko jangan buat snowman.
ko buat bentuk penguin tengah freezing mcm kat atas ni.

tapi bila faiz tanya cuaca malaysia sekarang berapa,
terniat di hati nak pegi check kat google.
walaupun dah nyata weather KL kat lappy aku ni dah display 26°C.
tetap berdegil menggunakan khidmat atok google.
and, hasilnya...

average weather in KL area:
27°C | 23°C
sky: overcast
wind: NW at 10 km/h

sejuk weyh!
korang rasa tak macam aku rasa?
atau korang ni tak da perasaan sejuk panas dah?

sekian, ahli kaji cuaca melaporkan berita dari bumi beranang.


(8) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 9:14 PM





Wednesday, November 18, 2009






seriously, aku dalam keadaan TEKANAN perasaan.

sumpah banyak gila dowh keje nak setel!

assignment, exam, test, interview, bla bla bla.

esok final exam MPW 1143. wish me luck.

hari tu ada meteor shower aku tak sempat nak make a wish.

thanks la untuk semua yang bagi kata-kata semangat.

aku memang dah down gila babi ni.

blah dulu.

chow.




nak iklan jap:
sila lawat www.stormreaders.com
aku tengah tolong mentor aku jual buku. insaf dowh!


(3) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 8:12 PM





Tuesday, November 03, 2009





Happy Birthday ^_^



Photobucket


Just wanna wish HAPPY BIRTHDAY to Mohd Nazul Aziim bin Idris.

which i called him, Nazra.

may ALLAH always bless you.

=)


psttt... kalau rasa wish birthday itu salah, maaf la yerk. malas nak gaduh. dah doakan dah tuh may allah bless you. kalau terasa, maaf lah. tak niat apa-apa langsung.




note: terpaksa letak gambar dia sorang.



(5) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 8:07 PM









Anda 80s kids? Lahir dalam tahun 80-an? Best tak kalau korang ingat semula kenangan zaman 80s korang dulu? Kat twitter petang tadi hot gila issues 80s kids ni. Beratus-ratus tweet guna hashtag: #80skids … tak percaya? Search! Pasti korang tersengih-sengih ingat memori lama. Aku pernah buat entry pasal 80s kids ni dua tahun lepas, tahun 2007. entry part 1 dan entry part 2 ...

Kat sini, aku review semula. Jom baca!







Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron, power rangers, ultraman, ninja turtles, maskman, gaban….

kat skola ade salesman jual buku cerita. hari ni bg list, esok mintak duit kat mak nak beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu or vitagen pon camtu gak.

kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. Betul tak?

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment (kad hijau tu). pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... vitagen pun baru jek 50 sen. Pastu, semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan? lagi satu, bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa. Aku tak dok KL pon tau…mak aku suka shopping sana…

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal2…

main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Dulu mana ada PSP ke PsOne ke…

jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

takut BCG tp lepas inject poyo la pulak kan...

Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 ringgit je..

kite pegi kedai runcit, balik skola beli JoJo xpon Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon….. beli Chickerdis, Mamee,Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die lepas tu pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. pastu apa lg? tayang kat kawan-kawan...

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two- three', 'Police & Sentry', cop cop tiang, kejar2 duduk..

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...


okayh...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum, tersengih mcm kera sumbang.

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin, ada anak...

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je!

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone.

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari, semua tak larat topup...

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace entry ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu kan?
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~


(4) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 4:10 AM





Sunday, November 01, 2009



McD collection: Coca-cola contour glass


seriously, i can't sleep at this time; 5:08am

damn... at what time my assignment would be completely done?

ABIT assignment really freaking me out.

so, decided to flirting around at twitter,

and post this entry.

McD contour glass has been successfully collected by me.

all the 7 colors!

yeah, don't be so jelous when u see all those 7 glasses.


Photobucket


(6) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 1:04 PM





Monday, October 26, 2009



kehidupanku


memang indah betul tajuk entry ni. tapi tak seindah mana. saya sangat busy sejak akhir-akhir ini. kehulur kehilir menguruskan sesuatu. :)baik, dah ready nak baca entry panjang? *lama tak update memang banyak kisah terkumpul.


Photobucket

MAKA. apakah itu? Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah dilangsungkan pada hari khamis lepas. fuhhh memang entry berhabuk. semua orang dah update perihal MAKA, saya baru terhegeh-hegeh online di kafe semata-mata mahu update pasal MAKA. *padahal sibuk twitter sampai lupa belog sendiri.

Cemerlang? boleh lah. majlis itu je yang sangat tidak cemerlang. door gift tahun ni tak best macam tahun lepas. takpe, sangat bersyukur dah dapat pen kaler ungu. tapi makanan memang tak best lah kan. sebab air pun tak cukup. makanan pun, saya hanya makan buah tembikai *saje gedik nak demand. padahal dah bagi nasi minyak, saya yang tidak boleh makan.

saya tidak lah sehebat abang saya syed salleh sebab beliau dapat empat anugerah, saya hanya dapat dua. tahniah abang. saya dapat anugerah perak untuk dua semester lepas, gpa 3.34 dan anugerah emas untuk semester lepas, gpa 3.63. sila penuhkan comment dengan beri ucapan tahniah. padahal dalam twitter dah lama update pasal MAKA. belog sahaja dilupakan terlalu lama. *maaf belog. jangan kecik hati dengan saya.

tamat cerita MAKA.



Photobucket

tempoh hari pulang ke perak selama beberapa hari. jumaat lepas. tanpa apa-apa planning, terus kemas beg pagi jumaat dan blah dari beranang, terus ke pasar seni. kemudian melepak makan tengah hari di starbuck sambil twitter tidak habis-habis. lepas puas twitter, baru lah sedar diri pegi beli tiket bas untuk pulang ke perak.

menaiki bus pukul 4 petang, fuh sumpah rasa lama menunggu sebab tengah sengugut macam nak mati dah kat puduraya. sabar, sabar neyra. dalam bas tidak dapat tidur dengan lena, maka ber-twitter seperti biasa. ish, tak habis-habis lagi. ye, saya twitter di mana-mana sahaja.

dekat highway, area tanjung malim, nampak bas tergolek-golek berguling atas jalan. memag mentipu pembaca. masa namapak tuh memang dah terbalik. ada bas eksiden lah! tataw apa keadaan semua penumpang. tapi sangat teruk. dengan cuaca yang teruk juga. aishhh...

apakah yang berlaku di perak? pegi lepak kampar yang macam bandar mati bak kata fakhrin tu je la. then pergi ipoh,shopping sakan mereka semua. saya yang tidak berduit hanya memandang dengan mata yang kuyu dan sayu.untuk mengubat hati tidak dapat bershopping,saya ber-twitter.fuh,twitter lagi? haha.malam,pergi rumah pakcik saya di mambang di awan.ye enchek @pge46 dan @qiilans87 , tempat nama mambang di awan memang wujud di perak. jangan buat sengal tak tahu lepas ni. saya ke rumah pakcik, makan-makan mee rebus ramli yang sedap dari ipoh, dan buat kek cokelat moist secara beramai-ramai. walaweh comot-comot budak-budak u makan cokelat.

di perak, anda akan bahagia bergelak tawa jika anda mengikuti saya pulang ke kampung. di sana ada aina aqila, aqil fathi, ainin sofea, luthfil hadi, ain suhada, dan iskandar. mereka ber-enam sangat lah akif nak mati. sampai pening kepala semua orang di sekeliling. ainin dah berjahit dagu nya, luthfil dah melecur tangan nya. mereka memang hyper active. eh eh lupa nak cerita, jari saya digigit lipan di sana. sakit dowh!

okayh, dah penat. tamat cerita di perak.


Photobucket

sebelum mengakhiri entry yang panjang, sila lihat wajah terbaru penulis belog ini yang sangat sengal. gambar pagi tadi sebelum ke kelas. tapi semua orang kat twitter dah tengok dulu. hikhikhik. kanda @kacang , i LOVE u lah! =)


pstt..kenapa pangil @kacang dengan nama kanda? drama sketsa berpoligami sedang hebat on air di laman twitter. antara kanda @kacang , bersama empat isterinya; @stoberycoklat, @abbymarzuki , @fierina dan saya, @neyrashazeyra ... sila follow kami untuk tahu kisah sebenar! *hahaha. promotion tak pasal-pasal.











(16) comments Photobucket || Back to top

heart blue w/ glitter nukilan hati; neyra
heart blue w/ glitter berhenti menulis; 10:12 PM









♥TheGirl
i am EYRA.
getting older on 3rd august!
a little naughty girl who have been addicted to blogsphere.
a typical college girl just like others and loves to laugh.
still hanging around at MARA Professional College Beranang.
hard thinking for HND in Computing Business IT.
having a difficult life now.
i'm imperfect and i'm Lovin' it.
i'm dainty and dirty; not a trace.
i'm the only witness and the only person who can judge my life.
but mood swing sometimes so be careful!
love to blogging and chatting and also shopping.
i'm single, and i'm proud of it.
still searching for some happiness.
not trust anyone especially the one who say "trust me".

♥Music

Music Beats
hear the rhythm


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


♥ads

you are visitor number:


Web Site Counter
Michael Kors Clothing


myspace current status:




facebook:

Neyra Shazeyra's Profile
Neyra Shazeyra's Facebook profile
Create Your Badge
plese click here:

Blog Kita

BlogMalaysia.com














♥Footprint

leave your footprints here. please dun use rude message and no spamming allowed.

makhluk sedang skodeng!






♥Trafiic FeedJit


♥Visitor Counter
free counters

♥Top Commentors
Widget by Blogger Widgets

♥Comments

♥Credit

Basecode:xFELICIA By:Snowiepetal